Sambal Ikan Bilis Kentang (versi kering rangup)

March 2, 2020 0 Comments
sambal ikan bilis kentang rangup

Sambal Ikan Bilis Kentang ( versi kering rangup)

Bahan-Bahan:

3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Cara Penyediaan:

Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.


Source : https://pamapedia.com/7-menu-sahur-pilihan-ramai-daripada-ikan-bilis-mudah-ringkas-dan-membuka-selera/2464#